berpusat di bahagian utara(kedah dan pulau pinang) terutamanya.Berminat sila hubungi terus ke talian 0194956872(zunaida amir) atau 044900423(puan nora).boleh juga pm ke facebook www.hazzadelight.com

Isnin, 30 Januari 2012

gulai udang dan ubi kemili


Bahan-bahan
ubi kemili
udang
santan
2 sudu rempah kari daging
1 peket rempah kari udang
2 biji bawang besar-dimesin
3 ulas bawang putih-dimesin
1/2 inci halia-dimesin
bawang merah-dipotong halus
bawang putih-dipotong halus
daun kari
kayu manis

cara-cara
1.tumis bawang merah,bawang putih yang dipotong halus bersama kayu manis dan daun kari sehingga naik bau.
2.Campurkan bahan yang dimesin tadi dengan rempah daging dan rempah udang,gaul sebati.
3.Masukkan adunan rempah tadi dan tunggu hingga pecah minyak.Masukkan santan cair dan biar didih.
4.Masukkan ubi kemili yang siap disiang,biar sehingga ubi empuk
5.Masukkan santan pekat dan garam,agak didih masukkan udang.Kacau pada api perlahan.
6.Setelah mendidih,boleh tutup api dan sedia dihidang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan