berpusat di bahagian utara(kedah dan pulau pinang) terutamanya.Berminat sila hubungi terus ke talian 0194956872(zunaida amir) atau 044900423(puan nora).boleh juga pm ke facebook www.hazzadelight.com

Sabtu, 28 Januari 2012

botok -botok ayam

Haritu masa ibu masak botok-botok ni,saya pelik la sebab x penah makan..tapi last2 bila dah rasa,hmmm sodap jugak hehehe..kalau x silap masakan ni orang johor jer yg pandai,ibu dapat resepi ni dari mak saudara,dia orang johor...memang sedaplah,pastu banyak ulaman,sihat gitu..

bahan-bahan
ayam
rempah kari ayam
kerisik
santan
bunga lawang
bunga cengkih 
kayu manis
buah pelaga
bawang merah
bawang putih
daun pucuk ubi-dicelur dan diracik
daun peria pantai-dicelur dan diracik
daun pucuk kaduk-dicelur dan diracik
daun cekur-diracik
daun kunyit-diracik
daun kesum-diracik
garam

cara-cara
1.Perap ayam dengan rempah,garam dan kerisik
2.Tumis bawang merah,bawang putih,bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga,kayu manis sehingga naik bau.Kemudian masukkan ayam yang diperap tadi.Biar hingga ayam masak dan naik minyak.
3.Masukkan ulaman yang telah diracik halus dan kacau.Masukkan santan,kacau sehingga mendidih,sedia dihidang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan