berpusat di bahagian utara(kedah dan pulau pinang) terutamanya.Berminat sila hubungi terus ke talian 0194956872(zunaida amir) atau 044900423(puan nora).boleh juga pm ke facebook www.hazzadelight.com

Rabu, 25 Januari 2012

nasi lemak kukus

 bahan-bahan(untuk nasi)
2 cawan beras
1 inci halia-dimayang
300gm kelapa mesin-diambil santan
daun pandan
garam
gula
2 ulas bawang merah-dimayang
kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga

cara-cara
1.Rendam beras selama 3 jam.Kemudian toskan.
2.Masak santan bersama daun pandan,halia,bawang,garam,gula,daun pandan sehingga mendidih.
3.Kukus beras selama 5-10minit.Kemudian angkat beras dan gaul beras yang dikukus dengan beberapa senduk santan yang dimasak tadi.Kukus semula.
4.Ulang langkah 3 beberapa kali sehingga nasi lembut.

bahan-bahan (sambal tumis ikan talang kering)
isi ikan talang-dipotong kiub
segenggam cabai kering-mesin
1 1/2biji bawang besar-mesin
1 ulas bawang putih-mesin
asam keping
air asam jawa
sedikit kicap
garam
gula

cara-cara
1. Rendam ikan kering bersama asam keping,secubit gula,secubit garam semalaman.
2. Goreng ikan kering.Angkat dan tumbuk biar kembang.
3.Tumis bumbu sehingga naik minyak,masukkan gula,kicap dan air asam jawa.Biarkan sehingga mendidih.Kemudian masukkan ikan kering tadi.


Siap dan boleh dimakan,hehehe...nak lauk lain tambah sendirilah...hehe




Tiada ulasan:

Catat Ulasan