berpusat di bahagian utara(kedah dan pulau pinang) terutamanya.Berminat sila hubungi terus ke talian 0194956872(zunaida amir) atau 044900423(puan nora).boleh juga pm ke facebook www.hazzadelight.com

Sabtu, 28 Januari 2012

chocolate moist cake

Petang kelmarin xtau nak makan apa,pastu teringin pulak nak makan kek,kononnya,hehe..pastu jadila sebijik kek,first time wat kek petak..tapi yang x bestnya papan lapik kek yang petak xde sebab x penah wat kek petak..apalagi ambik dulang pembakar kuih la untuk dijadikan mangsa,..
tercomot skit..hehe terlajak moist topping

bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2sudu kecil baking powder
1 1/2  cawan gula halus
4 biji telur
2 sudu kecil vanila
1 cawan serbuk koko
3 camca makan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
250gm butter

cara-cara
1.Cairkan serbuk koko dengan 3 camca gula halus dan satu cawan air panas.Masak diatas api,setelah cair masukkan susu cair dan biarkan sejuk sedikit
2.Pukul butter dengan 1 1/2 cawan gula halus sehingga kembang.Masukkan esen vanila.
3.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi.
4.Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak bersama.Selang selikan dengan koko cair tadi
5.Tuangkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam dalam suhu 180 darjah celcius.

moist topping
150gm coklat masakan
1 1/2 camca makan susu pekat
4 camca makan air panas

cara-cara
1.Satukan semuanya.Masak diatas api dengan kaedah double boil.
2.Dah siap tuang diatas kek yang dah sejuk.

*p/s:kek ni bagi saya manis,sesiapa yang x sukakan manis,bleh kurangkan sukatan gula dalam adunan.
Manis-manis pon habis jugak.Saya sempat makan sepotong jer,hehe...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan