berpusat di bahagian utara(kedah dan pulau pinang) terutamanya.Berminat sila hubungi terus ke talian 0194956872(zunaida amir) atau 044900423(puan nora).boleh juga pm ke facebook www.hazzadelight.com

Isnin, 23 Januari 2012

biskut jambu

kelmarin ada orang mintak tolong watkan hantaran..pening-pening kepala dok pikir nak wat apa,terkeluar la idea ni dari otak geliga ibu..biskut jambu,simple dan cantik untuk dibuat hantaran


bahan-bahan:
250gm butter
400gm tepung gandum
50gm gula aising
sebiji telur
50gm tepung jagung

cara-cara:
1. putar butter dan gula aising sehingga separa kembang.
2.Masukkan sebiji telur dan putar lagi
3. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum.Uli sehingga menjadi doh.
4.Titikkan pewarna merah dan uli sehingga warna sekata.
5.Bulatkan kecil dan buatkan satu lubang.Masukkan inti jem  kemudian buat bulat seperti bola.
6.Gunakan jari untuk membentuk atas bebola agar kelihatan seperti jambu.
7.Cucukkan bunga cengkih sebagai batangnya.
8.Bakar didalam oven selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius.
9.Setelah masak,keluarkan,segera sapukan telur yang dititik pewarna merah pada biskut jambu agar tampak berkilat.Biarkan kering atau boleh dimasukkan ke dalam oven untuk 30 saat.
10.Sedia dimakan....

titik pewarna dan uli sehingga warna sekata
setelah dikepal,buat bulat tengah dan letakkan jem
Gunakan jari untuk membentuk
Siap untuk dibakar
Telah siap masak,proses mewarna
hehe...main warna-warna
ni jambu yang dah siap,tengah dalam proses susun ke dalam kotak hantaran.Pelapik tu bukan tikar tapi tepung yang dibuat tikar kemudian dibakar..
haaa..yang ni yang dah siap disusun,dan dihias dengan ladybird..Kotak ni dihias simple dengan renda sahaja sebab tuan empunya nak hias sendiri.Jadi kami boh dalam kotak yang berenda je la...Kalau design senang camni sekali kuih kami hanya ambik dengan harga RM30.00.
Kalau kami diminta untuk beli dan hias dengan lebih cantik seperti hantaran2 seblom ni,mahal skit la.
Tapi kalau bahan hiasan tuan empunya dah bagi kami cuma decorate je,murahla skit sebab kami xyah keluar modal teruk2 kan?...hehe kita nak memudahkan bukan menyusahkan,..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan