berpusat di bahagian utara(kedah dan pulau pinang) terutamanya.Berminat sila hubungi terus ke talian 0194956872(zunaida amir) atau 044900423(puan nora).boleh juga pm ke facebook www.hazzadelight.com

Khamis, 29 Mac 2012

orange poppyseed muffin


bahan
125gm mentega
125gm gula perang
1 camca teh ovallete
2 biji oren parut kulitnya dan ambil jusnya
2 biji telur
150gm tepung gandum
1 camca teh baking powder
10 gm susu tepung
1/4 camca teh garam halus15gm poppy seed
25gm serbuk badam

cara
1.Satukan tepung gandum,baking,susu, dan ayak.Masukkan poppyseed dan serbuk badam,gaul rata dan ketepikan.
2.Putar mentega ,gula perang dan ovallete hingga berkrim.Masukkan telur satu-persatu dan putar hingga kembang
3.Masukkan bahan 1 kedalam bersama jus limau.Putar sebati.
4.Isikan papercup dan masukkan adunan sehingga 3/4 penuh.
5.Bakar selama 25 minit dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius.


muffin yang telah siap dipacking untuk doorgift kenduri kahwin

mocha muffin



bahan
90gm mentega
70gm gula halus
110gm tepung gandum
1 camca teh baking powder
1 biji telur
50ml susu segar
3/4 camca teh esen vanila
1 camca teh mocha flavour

cara
1.Pukul mentega dan gula halus hingga sebati.Masukkan telur dan terus putar hingga putih dan kembang.
2.Perlahankan speed masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar.Putar sebati.
3.Alaskan acuan dengan papercup dan sudukan adunan 3/4 penuh.
4.Bakar dalam oven 20-25 minit dalam suhu 180 darjah celcius.


muffin yang telah siap dipacking untuk doorgift kenduri.

buah rotan


bahan
3 cawan tepung pulut
1 biji telur
4 sudu makan gula halus
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh air kapur
3 sudu besar pati santan bijan


cara
1.Campur kesemua bahan dan gaul sebati.
2.Buat bulat-bulat (jangan terlalu besar sebab dia akan mengembang dan meletup)Bulatkan agak-agak besar sikit dari butang baju melayu.dan golekkan terus keatas bijan.
3.Gorengkan sehingga agak kekuningan dan boleh diangkat dan hidang.


buah rotan yang dibungkus dalam senduk untuk doorgift kenduri kahwin

kuih peniram


bahan
1 kilo tepung beras
1/2 kilo gula merah
1 cawan gula putih
5 cawan gula putih

cara
1.Masak gula merah bersama santan dan gula putih sehingga mendidih lalu tuangkan  ke dalam tepung beras.Uli dengan senduk dan biarkan sejuk seketika.
2.Setelah sejuk uli lagi dengan tangan.Peram semalaman.
3.Bentukkan dan goreng.(jangan goreng lama-lama,cepat hangit)Sedia dihidang.


tepung yang telah siap dibancuh


siap packing untuk doorgift kenduri kahwin


kek coklat tanpa butter


Bahan-bahan
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
1 sudu kecil vanila
1 sudu kecil butter vanila
1 1/2 cawan susu berperisa coklat
1/2 cawan air + 2 sudu kecil nescafe
2 sudu kecil soda
1 sudu kecil baking
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

cara-cara
1.Pukul telur sehingga kembang.Masukkan gula pasir dan gula perang.Putar sehingga sebati.
2.Masukkan vanila dan butter vanila.Putar seketika dan kemudian masukkan minyak.Putar sehinnga sebati
3.Masukkan tepung gandum,baking,soda,serbuk koko.Putar dengan kelajuan yang perlahan.
4.Masukkan susu coklat dan air bancuhan tadi.Putar sebati dan tuangkan adunan kedalam bekas yang telah digriskan dengan minyak. 
5.Bakar selama 1 jam dalam suhu 170 darjah celcius.


siap dipacking untuk doorgift majlis keduri kahwin

Ahad, 18 Mac 2012

apam balik


bahan
120gm gula pasir
600gm tepung gandum
750gm air
2 biji telur
1 camca teh yis
1 camca teh soda
1 camca teh baking
garam
pewarna kuning

inti:
kacang tanah kisar
jagung tin
margerin
gula

cara
1.Satukan semua bahan dan putarkan sehingga sebati.Perap adunan selama 1/2 jam.
2.Panaskan kuali,sapukan sedikit minyak(untuk kali pertama sahaja,nak masak kali ke-2 x payah sapu minyak dah)
3.Tuangkan 1 senduk besar dan ratakan.Taburkan gula,kacang jagung dan marjerin.
4.Kikis perlahan bahagian tepi,dan lipatkan sebelum diangkat ke dalam pinggan.




puding jagung


bahan
segenggam agar-agar
1 mug tepung kastard
1mug gula
1 tin susu cair
4 1/2 cawan air
1 tin  jagung
1 senduk kecil butter

cara
1.Rebus agar-agar dengan 2 cawan air sampai hancur.Masukkan gula.
2.Bancuh tepung kastard dengan baki air tadi.Masukkan ke dalam adunan agar-agar.
3.Masukkan susu,kacau sehingga pekat dan mendidih.
4.Masukkan jagung dan butter,kacau sehingga sebati.
5.Tuang ke dalam acuan mengikut citarasa.Biar sejuk dan masukkan ke dalam peti ais.

 kacau sehingga pekat dan mendidih




pintu gerbang


Pintu gerbang untuk kenduri kahwin masa bulan 2 haritu.Tema tuan rumah hijau,jadi pintu gerbang pun warna hijau.Pintu gerbang ikut warna pilihan tuan rumah.Harga mengikut jenis bunga dan budget tuan rumah.

bilik tidur pengantin


 set bilik ini pakai cadar satin peach sekali dengan backdrop dan juga bunga kaki.

set ini menggunakan cadar cotton bersulam warna krim..

kaki bunga perhiasan pelamin



Bunga kaki perhiasan untuk bilik tidur pengantin atau pelamin ataupun meja makan beradap pengantin turut disewa.Warna bunga boleh disesuaikan mengikut tema dan mengikut budget yang diletakkan oleh tuan rumah.Secara asasnya,bunga kaki ini disewa satu dengan caj RM50.00 tidak termasuk kos penghantaran.Harga mungkin berubah mengikut permintaan jenis bunga yg hendak dipakai..

door gift 1



Door gift ini dibuat semasa hari majlis kenduri kahwin sepupu lelaki.Doorgift ini budget rendah sahaja,untuk kenduri yang ini kami buat sebanyak 130 beg siap barang tanpa bunga telur dan kuih tradisional yg lain sb tuan rumah nak tambah sendiri.kalau masuk bunga telur dan kuih tradisional yg lain harganya jadi lain ler..

kek marble -100 keping-RM50.00
senduk+jeli kering-100 set-RM70.00

untuk beg doorgift,adalah mengikut citarasa sendiri.Sekiranya kami yg kena pilih,kami ikut harga pasaran dan dikenakan caj tambahan.


orange moist cupcake


Bahan
240gm marjerin
1 cawan gula castor
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan susu segar
5 biji telur
3 sudu besar orange sunquick
1 sudu kecil orange emulco
parutan kulit sebiji buah oren

Cara
1.Putar marjerin dan gula castor hingga kembang
2.Masukkan telur satu-persatu sambil terus memutar pada kelajuan maksima
3.Perlahankan putaran mixer.Masukkan tepung berselang-seli dengan susu sehingga habis
4.Masukkan orange sunquick,emulco dan parutan kulit oren.Sudukan kedalam cup.
5.Bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 45 minit.

yang ni kitaorang campur dengan adunan chocolate cupcake,sebab adunan dah tinggal sikit-sikit.

Siap dipacking untuk dimasukkan dalam beg untuk tempahan doorgift majlis pernikahan sepupu....

Jumaat, 2 Mac 2012

chocolate moist cupcake-1

 Masa ni tengah gila nak makan cupcake,sebab tu macam-macam ada,hehehe...
tapi resepi keknya satu jer..

bahan-bahan
125gm butter
1 1/2cawan gula castor
2 biji telur A
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil serbuk kopi 3 in 1
1 sudu kecil coklat emulco
2 cawan susu segar
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda

bahan-bahan buttercream
125gm butter
125gm krimwell
40gm gula aising
100gm susu pekat

cara-cara
1.Satukan tepung gandum,serbuk koko,serbuk kopi,baking powder,dan soda.Gaul sebati.
2.Pukul butter bersama gula castor sehingga kembang.Masukkan coklat emulco.
3.Masukkan telur  sebiji demi sebiji,dan pukul sehingga kembang.
4.Masukkan adunan tepung  sedikit demi sedikit.Masukkan susu,putar sehingga sebati.
5.Masukkan ke dalam cup dan bakar selama 30 minit dalam suhu 180 darjah celcius.
6.Untuk buttercream,putar semua bahan sehingga naik putih,dan masukkan kedalam piping beg yang ada nozel mengikut citarasa hati.
7.Paipkan buttercream keatas kek yang dah sejuk mengikut citarasa.

kek yang blum dimekap

ni design 1
ni design 2,ladybird
design 3,ladybird chocolate chip
design 4 dan 5..

kek buah-buahan (bakar)

baru-baru ni nak wat buah tangan untuk bapa saudara,dia wat kenduri.Belek-belek buku resepi yang dah lapuk tu,datanglah idea nak wat kek buah ni..tapi kek buah ni x dipotong la pas masak sebab bagi kat orang sebijik trus..xtau la apa jadi,hehe..



bahan-bahan
350gm buahan campuran kering
250gm butter
3/4 tin susu pekat
1 camca besar oren sunquick
1 tin air(tin susu)
300gm tepung gandum
2 camca teh soda

cara-cara
1.Masak butter,buahan campuran kering,susu pekat,sunquick dan air sehingga sebati.Biar semalaman.
2.Pagi-paginya masukkan tepung gandum dan soda.Gaul sebati.
3.Masukkan ke dalam loyang.Bakar selama 1jam dalam suhu 200 darjah celcius.