berpusat di bahagian utara(kedah dan pulau pinang) terutamanya.Berminat sila hubungi terus ke talian 0194956872(zunaida amir) atau 044900423(puan nora).boleh juga pm ke facebook www.hazzadelight.com

Rabu, 15 Februari 2012

sambal tumis udang dan petai


bahan
30 tangkai cili kering-direbus dan dikisar
2 biji bawang besar-dikisar
3 ulas bawang putih-dikisar
udang
petai
air asam jawa

cara
1.Panaskan minyak.Tumis bahan kisar sehingga naik minyak.
2.Masukkan air asam jawa,garam.Biar mendidih.
3.Masukkan udang dan biarkan udang masak,seterusnya masukkan petai.Biar mendidih dan sedia dihidang.





sayur taugeh goreng


bahan-bahan
2 ketul tauhu-digoreng dan dipotong besar-besar
200gm udang kecil
secekak kucai-dipotong 1 inci
300gm taugeh
1 biji bawang besar-dihiris
1 ulas bawang putih-dihiris

cara
1.Panaskan minyak dan tumiskan bawang yang dihiris hingga layu.
2.Masukkan udang dan tauhu dan biar hingga udang masak.Masukkan garam.
3.Masukkan kucai dan taugeh.Kacau hingga agak masak dan tutup api.Sedia dihidang.


kari ayam



Lama sangat x update blog,cuaca x menentu jadi kesihatan terganggu sikit,tapi macamana pon banyak jugak la resepi yang saya dapat dari ibu masa demam,hehehe...baru harini sempat nak letak dalam blog,sementara hujan  dan guruh dah reda ni...





bahan-bahan
bawang besar-dikisar halus
bawang putih-dikisar halus
halia-dikisar halus
buah tomato-dikisar halus
bawang putih-dihiris
bawang putih-dihiris
halia-dihiris
kayu manis
buah pelaga
bunga cengkih
bunga lawang
daun kari
rempah kari ayam
kerisik
air asam jawa

cara
1.perapkan ayam bersama bahan yang dikisar,kerisik dan rempah kari, ayam selama 1 jam.
2.Panaskan minyak dan tumis barangan yang dihiris beserta daun kari,kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau.
3.Masukkan ayam yang diperap bersama kuahnya,biarkan sehingga ayam masak
4. Masukkan kentang dan sedikit air asam jawadan biarkan hingga kentang empuk.boleh diangkat hidang.


Jumaat, 3 Februari 2012

sayur lodeh


bahan-bahan
2 sudu cili tumbuk
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1/2 inci belacan
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai-dititik
kacang buncis-potong kecil
bunga kubis-potong kecil
tauhupotong kecil-potong kecil
sebatang carrot-potong kecil
1/2 biji sengkuang-potong kecil
tempe-potong kecil
sayur pucuk
kubis-potong kecil
suhoon
semangkuk besar santan
udang kecil

cara
1.Kisar halia,kunyit,dan lengkuas,tumiskan bersama cabai tumbuk hingga naik minyak.
2.Masukkan 1/2 mangkuk air,biar hingga mendidih.Masukkan sayur pucuk,sengkuang,carrot dan bunga kubis.
3.Masukkan udang dan serai,kemudian masukkan santan.Biarkan mendidih  pada api yang perlahan.
4.Masukkan kubis,kacang buncis,tauhu dan suhoon.Masukkan garam dan biarkan sehingga masak.Sedia dihidang bersama nasi impit dan sambal.





bihun goreng singapore


bahan-bahan
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 camca makan lada putih
sebungkus bihun
1 potong dada ayam-dihiris nipis
1 biji carrot-dipotong panjang
1/4 biji kubis-dipotong rincik
segenggam garam
segenggam gula
minyak

cara-cara
1.Kisar bawang besar,bawang putih,lada dan halia.
2.Tumis bumbu sehingga naik minyak,masukkan ayam.Kacau sehingga ayam masak.
3.Masukkancarrot yang dipotong panjang,garam dan gula.Kacau sebati.
4.Masukkan bihun,kacau sehingga rata dan masukkan kubis.
5.Apabila sudah masak,angkat dan sedia dimakan....



Khamis, 2 Februari 2012

sambal nyior daun selom


bahan-bahan
secekak daun selom
1/2 cawan kelapa parut
2 camca udang kering
1 tangkai cabai hidup
7 tangkai cabai melaka
2 biji bawang besar-dihiris
sedikit belacan
kunyit
garam
gula
air asam jawa

cara
1.kelapa kering dikisar bersama udang kering,cabai melaka,cabai hidup,air asam,belacan garam dan gula
2.Daun salom dipotong halus bersama dengan bawang
3.Campurkan bumbu kedalam hirisan tadi dan gaul sebati
3.Sedia dihidang
*sesiapa yang minat manis boleh ditambah denga cincangan nenas.






asam pedas tumis ikan kerapu


bahan-bahan
secekak cabai kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
belacan
semangkuk air asam jawa.
3 keping asam gelugor
ikan kerapu
bendi
bunga kantan
daun kesum

cara-cara
1.Kisar bawng besar bersam cabai kering,bawang putih halia,kunyit hidup dan belacan.
2.Tumis bumbu sehingga naik minyak.Masukkan air asam jawa biar mendidih.
3.Masukkan asam keping,bunga kantan dan ikan.Biar seketika hingga ikan agak masak
4.Masukkan bendi dan daun kesum.Didihkan seketika dan boleh diangkat hidang.




bendi goreng


bahan-bahan
kacang bendi
ikan bilis
bawang merah
bawang putih
cabai merah minyak
garam

cara
1.Goreng ikan bilis hingga garing kemudian angkat,ketepikan.
2.Tumis bawang merah,bawang putih dan cabai merah dipotong halus sehingga agak garing
3.Masukkan kacang bendi yang dipotong panjang,kacau hingga masak.Masukkan garam.
4.Hidangkan kedalam pinggan dan taburkan ikan bilis tadi.Siap


Rabu, 1 Februari 2012

kuewteaw goreng simple


bahan
sepotong dada ayam-dihiris nipis
3 ulas bawang putih-ditumbuk
2 batang sawi
segenggam taugeh
kuew teaw
kicap char kuew teaw
kicap manis
sebiji telur

cara-cara
1.Panaskan minyak,masukkan ayam dan goreng hingga masak.
2.Masukkan bawang putih,biar hingga kekuningan masukkan kicap.
3.Masukkan batang sawi dan biar seketika.
4. Masukkan kuew teaw kacau seketika dan masukkan daun sawi serta taugeh.Pecah telur dan kacau.Sedia dihidang.


ayam popcorn


bahan-bahan
2 ketul dada ayam-dihiris nipis
2 camca tepung gandum
2 camca tepung jagung
1 sudu kecil rempah daging'
1/2 sudu kecil serbuk cili
garam
gula

cara
1.Perap dada ayam dengan kesemua bahan tadi selama 2 jam
2.Panaskan fryer,kemudian goreng dan biar garing baru ditoskan.
3.Sedia dihidang

Basuh ayam ngan tepung

dah boh rencah dah ni

gaul sebati sebelum perap

goreng dalam fryer
siap,ni pon dah ada dalam perut separuh,hihihi...

sayur kubis masak lemak


bahan-bahan
1/2 biji sayur kubis-dipotong
1 batang carrot-dipotong panjang
1 biji bawang besar-dihiris halus
sebiji tauhu
segenggam udang kecil
1/2 biji santan
segenggam suhoon
garam

cara-cara
1.Rebus naik air bersama bawang,carrot sehingga agak empuk
2.Masukkan udang kecil,tauhu dan kubis,biar sehingga mendidih
3.Masukkan garam,dan masukkan santan,kacau seketika.Kemudian masukkan suhoon.Biar mendidih,sedia dihidang.

rebus naik
Tunggu didih je
Siap

cencaru belah belakang


bahan inti
cabai kering
sebiji bawang besar
seulas bawang putih
secubit belacan
garam
gula
cincangan mempelam

cara
1.Tumbuk kesemuanya sehingga agak-agak lumat(macam sambal belacan).

bahan lain
3 ekor ikan cencaru
kunyit 
garam

1.Belah bahagian belakang ikan cencaru dan bersihkan perutnya.
2.Lumurkan dengan garam dan kunyit kemudian masukkan inti tadi kedalam belahan
3.Goreng hingga garing,hiaskan dengan bawang yang digoreng bersama cabai hidup dan sedikit kicap..Sedia dihidang

sambal yang telah dimasukkan ke dalam 
Goreng...baunya..huhuhu
Siap!!!