berpusat di bahagian utara(kedah dan pulau pinang) terutamanya.Berminat sila hubungi terus ke talian 0194956872(zunaida amir) atau 044900423(puan nora).boleh juga pm ke facebook www.hazzadelight.com

Rabu, 16 Mei 2012

Nasi arab damsyik


bahan-bahan
4 cawan /pot beras basmathi
3 sudu gulai minyak sapi
4 cawan air@lebih sekiranya x cukup lembut
1 biji bawang besar-hiris halus
3 ulas bawang putih-hiris halus
1 inci halia-hiris halus
1/3 cawan kismis
pewarna kuning
1 sudu kecil kunyit+air sikit
garam

rempah tumis:
1 btg kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

cara-cara
1-panaskan minyak,tumis bawang putih + bawang besar + halia hingga layu.
2 - Masukkan kismis dan tambah air dan biar hingga mendidih.
3- Bila mendidih,tutup api dan tuang kedalam rice cooker,kemudian tambah beras dan garam secukup rasa.Kacau rata dan masak seperti biasa.
4- Bila nasi kering,buat lubang ditengah nasi,kemudian letakkan foil masukkan satu sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar kedalam foil tadi.Kemudian tutup periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang meresap ke dalam nasi.
5- Buka periuk dan keluarkan foil serta arang.
6- Titiskan pewarna kuning 2-3 titik  dan kunyit +air kacau dan gembur nasi dan biar nasi hingga masak.

foil xder guna kole mamak tin jer...

kacau dan gembur nasi setelah letakkan pewarna


BAHAN-BAHAN AYAM PANGGANG

1 ekor ayam - dibelah 2 dan cuci bersih
1/2 sdu kecil serbuk ketumbar
1/2 sdu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sdu kecil serbuk kunyit
1 sdu kecil serbuk kabsa(klu xda guna rempah campuran)
2 biji bawang dihiris bulat
2 biji lemon diris bulat
garam
pewarna kuning
aluminium foil

cara-cara
1.Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah,garam dan pewarna kuning (klu ada pewarna merah,letak skit).Perap selama 15 minit.
2.Alas bekas dengan aluminium foil kemudian susun hirisan bawang dan lemon atas foil.
3. Letakkan ayam diatas bawang dan lemon.Tutup ayam dengan aluminium foil dan bakar selama 1 jam dalam suhu 220 darjah .
4. Buka sedikit foil sebelah atas(nak bagi garing skit) kemudian buka bakar bawah-grill selama 15-20 minit.

BAHAN-BAHAN SOS NASI MANDHI

1 biji tomato
5 biji cili hijau besar
1 tangkai daun ketumbar
garam
gula
perahan limau

cara-cara
1. mesin semua bahan-bahan diatas.Sedia dihidang.








 inilah hidangan nasi mandhi beserta lauk tambahan acar timun nenas dan gulai daging aneka rempah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan