berpusat di bahagian utara(kedah dan pulau pinang) terutamanya.Berminat sila hubungi terus ke talian 0194956872(zunaida amir) atau 044900423(puan nora).boleh juga pm ke facebook www.hazzadelight.com

Khamis, 29 Mac 2012

kek coklat tanpa butter


Bahan-bahan
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
1 sudu kecil vanila
1 sudu kecil butter vanila
1 1/2 cawan susu berperisa coklat
1/2 cawan air + 2 sudu kecil nescafe
2 sudu kecil soda
1 sudu kecil baking
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

cara-cara
1.Pukul telur sehingga kembang.Masukkan gula pasir dan gula perang.Putar sehingga sebati.
2.Masukkan vanila dan butter vanila.Putar seketika dan kemudian masukkan minyak.Putar sehinnga sebati
3.Masukkan tepung gandum,baking,soda,serbuk koko.Putar dengan kelajuan yang perlahan.
4.Masukkan susu coklat dan air bancuhan tadi.Putar sebati dan tuangkan adunan kedalam bekas yang telah digriskan dengan minyak. 
5.Bakar selama 1 jam dalam suhu 170 darjah celcius.


siap dipacking untuk doorgift majlis keduri kahwin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan