berpusat di bahagian utara(kedah dan pulau pinang) terutamanya.Berminat sila hubungi terus ke talian 0194956872(zunaida amir) atau 044900423(puan nora).boleh juga pm ke facebook www.hazzadelight.com

Jumaat, 2 Mac 2012

chocolate moist cupcake-1

 Masa ni tengah gila nak makan cupcake,sebab tu macam-macam ada,hehehe...
tapi resepi keknya satu jer..

bahan-bahan
125gm butter
1 1/2cawan gula castor
2 biji telur A
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil serbuk kopi 3 in 1
1 sudu kecil coklat emulco
2 cawan susu segar
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda

bahan-bahan buttercream
125gm butter
125gm krimwell
40gm gula aising
100gm susu pekat

cara-cara
1.Satukan tepung gandum,serbuk koko,serbuk kopi,baking powder,dan soda.Gaul sebati.
2.Pukul butter bersama gula castor sehingga kembang.Masukkan coklat emulco.
3.Masukkan telur  sebiji demi sebiji,dan pukul sehingga kembang.
4.Masukkan adunan tepung  sedikit demi sedikit.Masukkan susu,putar sehingga sebati.
5.Masukkan ke dalam cup dan bakar selama 30 minit dalam suhu 180 darjah celcius.
6.Untuk buttercream,putar semua bahan sehingga naik putih,dan masukkan kedalam piping beg yang ada nozel mengikut citarasa hati.
7.Paipkan buttercream keatas kek yang dah sejuk mengikut citarasa.

kek yang blum dimekap

ni design 1
ni design 2,ladybird
design 3,ladybird chocolate chip
design 4 dan 5..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan