mee ini berlaku oleh kerana xtau menu apa nak dihidangkan pada tetamu,last2 ibu beli mee suh la anak dara dia yg dua orang ni goreng...campak punya campak jadilah...boleh laa tahan sedapnya,hehe lagipun kena puji dengan tetamu kata sedap..hehe
Bahan-bahan
2 bungkus mee kuning
3 ulas bawang putih-ditumbuk
10 biji cili padi diketuk
3 senduk kicap char koew teaw
1 senduk kicap manis
1 senduk sos tomato
1 senduk sos cili
2 biji telur
minyak secukupnya
sayur sawi
taugeh
cara-caranya
1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
2.Masukkan kicap char kuew teaw,dan kicap manis,sos tomato,sos cili,garam gula.
3.Masukkan cili padi dan batang sawi.Biarkan seketika.
4.Basuh mee dan toskan,masukkan dan gaul hingga rata.
5.Pecahkan telur dan kacau rata akan telur tidak melekat setempat saja.
6.Masukkan daun sawi dan taugeh kacau seketika hingga daun sawi agak layu.
7.Sedia dihidangkan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan