berpusat di bahagian utara(kedah dan pulau pinang) terutamanya.Berminat sila hubungi terus ke talian 0194956872(zunaida amir) atau 044900423(puan nora).boleh juga pm ke facebook www.hazzadelight.com

Khamis, 29 Mac 2012

orange poppyseed muffin


bahan
125gm mentega
125gm gula perang
1 camca teh ovallete
2 biji oren parut kulitnya dan ambil jusnya
2 biji telur
150gm tepung gandum
1 camca teh baking powder
10 gm susu tepung
1/4 camca teh garam halus15gm poppy seed
25gm serbuk badam

cara
1.Satukan tepung gandum,baking,susu, dan ayak.Masukkan poppyseed dan serbuk badam,gaul rata dan ketepikan.
2.Putar mentega ,gula perang dan ovallete hingga berkrim.Masukkan telur satu-persatu dan putar hingga kembang
3.Masukkan bahan 1 kedalam bersama jus limau.Putar sebati.
4.Isikan papercup dan masukkan adunan sehingga 3/4 penuh.
5.Bakar selama 25 minit dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius.


muffin yang telah siap dipacking untuk doorgift kenduri kahwin

mocha muffin



bahan
90gm mentega
70gm gula halus
110gm tepung gandum
1 camca teh baking powder
1 biji telur
50ml susu segar
3/4 camca teh esen vanila
1 camca teh mocha flavour

cara
1.Pukul mentega dan gula halus hingga sebati.Masukkan telur dan terus putar hingga putih dan kembang.
2.Perlahankan speed masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar.Putar sebati.
3.Alaskan acuan dengan papercup dan sudukan adunan 3/4 penuh.
4.Bakar dalam oven 20-25 minit dalam suhu 180 darjah celcius.


muffin yang telah siap dipacking untuk doorgift kenduri.

buah rotan


bahan
3 cawan tepung pulut
1 biji telur
4 sudu makan gula halus
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh air kapur
3 sudu besar pati santan bijan


cara
1.Campur kesemua bahan dan gaul sebati.
2.Buat bulat-bulat (jangan terlalu besar sebab dia akan mengembang dan meletup)Bulatkan agak-agak besar sikit dari butang baju melayu.dan golekkan terus keatas bijan.
3.Gorengkan sehingga agak kekuningan dan boleh diangkat dan hidang.


buah rotan yang dibungkus dalam senduk untuk doorgift kenduri kahwin

kuih peniram


bahan
1 kilo tepung beras
1/2 kilo gula merah
1 cawan gula putih
5 cawan gula putih

cara
1.Masak gula merah bersama santan dan gula putih sehingga mendidih lalu tuangkan  ke dalam tepung beras.Uli dengan senduk dan biarkan sejuk seketika.
2.Setelah sejuk uli lagi dengan tangan.Peram semalaman.
3.Bentukkan dan goreng.(jangan goreng lama-lama,cepat hangit)Sedia dihidang.


tepung yang telah siap dibancuh


siap packing untuk doorgift kenduri kahwin


kek coklat tanpa butter


Bahan-bahan
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
1 sudu kecil vanila
1 sudu kecil butter vanila
1 1/2 cawan susu berperisa coklat
1/2 cawan air + 2 sudu kecil nescafe
2 sudu kecil soda
1 sudu kecil baking
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

cara-cara
1.Pukul telur sehingga kembang.Masukkan gula pasir dan gula perang.Putar sehingga sebati.
2.Masukkan vanila dan butter vanila.Putar seketika dan kemudian masukkan minyak.Putar sehinnga sebati
3.Masukkan tepung gandum,baking,soda,serbuk koko.Putar dengan kelajuan yang perlahan.
4.Masukkan susu coklat dan air bancuhan tadi.Putar sebati dan tuangkan adunan kedalam bekas yang telah digriskan dengan minyak. 
5.Bakar selama 1 jam dalam suhu 170 darjah celcius.


siap dipacking untuk doorgift majlis keduri kahwin

Ahad, 18 Mac 2012

apam balik


bahan
120gm gula pasir
600gm tepung gandum
750gm air
2 biji telur
1 camca teh yis
1 camca teh soda
1 camca teh baking
garam
pewarna kuning

inti:
kacang tanah kisar
jagung tin
margerin
gula

cara
1.Satukan semua bahan dan putarkan sehingga sebati.Perap adunan selama 1/2 jam.
2.Panaskan kuali,sapukan sedikit minyak(untuk kali pertama sahaja,nak masak kali ke-2 x payah sapu minyak dah)
3.Tuangkan 1 senduk besar dan ratakan.Taburkan gula,kacang jagung dan marjerin.
4.Kikis perlahan bahagian tepi,dan lipatkan sebelum diangkat ke dalam pinggan.




puding jagung


bahan
segenggam agar-agar
1 mug tepung kastard
1mug gula
1 tin susu cair
4 1/2 cawan air
1 tin  jagung
1 senduk kecil butter

cara
1.Rebus agar-agar dengan 2 cawan air sampai hancur.Masukkan gula.
2.Bancuh tepung kastard dengan baki air tadi.Masukkan ke dalam adunan agar-agar.
3.Masukkan susu,kacau sehingga pekat dan mendidih.
4.Masukkan jagung dan butter,kacau sehingga sebati.
5.Tuang ke dalam acuan mengikut citarasa.Biar sejuk dan masukkan ke dalam peti ais.

 kacau sehingga pekat dan mendidih