berpusat di bahagian utara(kedah dan pulau pinang) terutamanya.Berminat sila hubungi terus ke talian 0194956872(zunaida amir) atau 044900423(puan nora).boleh juga pm ke facebook www.hazzadelight.com

Isnin, 30 Januari 2012

gulai udang dan ubi kemili


Bahan-bahan
ubi kemili
udang
santan
2 sudu rempah kari daging
1 peket rempah kari udang
2 biji bawang besar-dimesin
3 ulas bawang putih-dimesin
1/2 inci halia-dimesin
bawang merah-dipotong halus
bawang putih-dipotong halus
daun kari
kayu manis

cara-cara
1.tumis bawang merah,bawang putih yang dipotong halus bersama kayu manis dan daun kari sehingga naik bau.
2.Campurkan bahan yang dimesin tadi dengan rempah daging dan rempah udang,gaul sebati.
3.Masukkan adunan rempah tadi dan tunggu hingga pecah minyak.Masukkan santan cair dan biar didih.
4.Masukkan ubi kemili yang siap disiang,biar sehingga ubi empuk
5.Masukkan santan pekat dan garam,agak didih masukkan udang.Kacau pada api perlahan.
6.Setelah mendidih,boleh tutup api dan sedia dihidang.


kerabu mempelam


bahan-bahan
2 biji mempelam-diracik
3 biji bawang besar-dipotong halus
sebiji buah tomato-dipotong halus
1 tangkai cabai hidup-dipotong halus
5 tangkai cabai melaka-dipotong halus
segenggam udang kepal
1 senduk kacang tumbuk
air gula
sambal belacan

cara-cara
Mudah jer,campur semua bahan kemudian gaul,siap dihidang.


Sabtu, 28 Januari 2012

mini pizza


Bahan-bahan
roti perancis-dipotong kecil
sosej
mayonis
sos cili
keju mozarella
oregano

cara-cara
1.Campurkan mayonis dan sos cili.Kacau sebati
2.Sapukan campuran sos tadi diatas roti perancis yang dipotong.
3.Letakkan sosej yang dihiris keatas roti tadi.
4.Letakkan keju mozarella diatas sosej.Kemudian taburkan oregano di atas hidangan tadi
5.Bakar dalam oven selama 10 minit dengan suhu 180 darjah celcius


chocolate moist cake

Petang kelmarin xtau nak makan apa,pastu teringin pulak nak makan kek,kononnya,hehe..pastu jadila sebijik kek,first time wat kek petak..tapi yang x bestnya papan lapik kek yang petak xde sebab x penah wat kek petak..apalagi ambik dulang pembakar kuih la untuk dijadikan mangsa,..
tercomot skit..hehe terlajak moist topping

bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2sudu kecil baking powder
1 1/2  cawan gula halus
4 biji telur
2 sudu kecil vanila
1 cawan serbuk koko
3 camca makan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
250gm butter

cara-cara
1.Cairkan serbuk koko dengan 3 camca gula halus dan satu cawan air panas.Masak diatas api,setelah cair masukkan susu cair dan biarkan sejuk sedikit
2.Pukul butter dengan 1 1/2 cawan gula halus sehingga kembang.Masukkan esen vanila.
3.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi.
4.Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak bersama.Selang selikan dengan koko cair tadi
5.Tuangkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam dalam suhu 180 darjah celcius.

moist topping
150gm coklat masakan
1 1/2 camca makan susu pekat
4 camca makan air panas

cara-cara
1.Satukan semuanya.Masak diatas api dengan kaedah double boil.
2.Dah siap tuang diatas kek yang dah sejuk.

*p/s:kek ni bagi saya manis,sesiapa yang x sukakan manis,bleh kurangkan sukatan gula dalam adunan.
Manis-manis pon habis jugak.Saya sempat makan sepotong jer,hehe...




botok -botok ayam

Haritu masa ibu masak botok-botok ni,saya pelik la sebab x penah makan..tapi last2 bila dah rasa,hmmm sodap jugak hehehe..kalau x silap masakan ni orang johor jer yg pandai,ibu dapat resepi ni dari mak saudara,dia orang johor...memang sedaplah,pastu banyak ulaman,sihat gitu..

bahan-bahan
ayam
rempah kari ayam
kerisik
santan
bunga lawang
bunga cengkih 
kayu manis
buah pelaga
bawang merah
bawang putih
daun pucuk ubi-dicelur dan diracik
daun peria pantai-dicelur dan diracik
daun pucuk kaduk-dicelur dan diracik
daun cekur-diracik
daun kunyit-diracik
daun kesum-diracik
garam

cara-cara
1.Perap ayam dengan rempah,garam dan kerisik
2.Tumis bawang merah,bawang putih,bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga,kayu manis sehingga naik bau.Kemudian masukkan ayam yang diperap tadi.Biar hingga ayam masak dan naik minyak.
3.Masukkan ulaman yang telah diracik halus dan kacau.Masukkan santan,kacau sehingga mendidih,sedia dihidang.



Rabu, 25 Januari 2012

masak lemak cili api pucuk ubi


bahan-bahan
3 ikat pucuk ubi (50sen seikat)-celur
1 labu bawang besar-mesin
4 ulas bawang merah-mesin
2 ulas bawang putih-mesin
1 1/2 inci kunyit hidup-mesin
1 inci halia-mesin
2 batang serai-dititik
sekeping asam keping
10 biji cili padi-kalau nak pedas tambah lagi-mesin
1 biji kelapa-asing yang pekat dan yang cair
ikan bilis
garam

cara-cara
1.Masak bumbu dengan santan cair sehingga agak mendidih.
2.Masukkan ikan bilis,asam keping dan garam.
3.Masukkan pucuk ubi,biarkan mendidih
4.Masukkan pati santan kacau jangan sampai naik minyak sehingga mendidih.
Sedia dihidangkan







sambal tempe goreng dan kacang buncis


bahan-bahan
4 keping tempe-dihiris nipis dan digoreng garing
secekak kacang buncis-dipotong 
segenggam suhoon-direndam
2 sudu gulai cili mesin
garam
gula
sos tomato
kicap

cara-cara
1.Tumis cili mesin sehingga naik minyak,masukkan garam,gula,sos tomato,kicap.
2.Masukkan suhoon,kacau seketika.
3.Masukkan kacang buncis ,kacau seketika dan kemudian tutup api.
4.Masukkan tempe dan gaul sehingga sekata.Sedia dihidang.