berpusat di bahagian utara(kedah dan pulau pinang) terutamanya.Berminat sila hubungi terus ke talian 0194956872(zunaida amir) atau 044900423(puan nora).boleh juga pm ke facebook www.hazzadelight.com

Rabu, 25 Januari 2012

mee goreng simple

mee ini berlaku oleh kerana xtau menu apa nak dihidangkan pada tetamu,last2 ibu beli mee suh la anak dara dia yg dua orang ni goreng...campak punya campak jadilah...boleh laa tahan sedapnya,hehe lagipun kena puji dengan tetamu kata sedap..hehe

Bahan-bahan
2 bungkus mee kuning
3 ulas bawang putih-ditumbuk
10 biji cili padi diketuk
3 senduk kicap char koew teaw
1 senduk kicap manis
1 senduk sos tomato
1 senduk sos cili
2 biji telur
minyak secukupnya
sayur sawi
taugeh

cara-caranya
1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
2.Masukkan kicap char kuew teaw,dan kicap manis,sos tomato,sos cili,garam gula.
3.Masukkan cili padi dan batang sawi.Biarkan seketika.
4.Basuh mee dan toskan,masukkan dan gaul hingga rata.
5.Pecahkan telur dan kacau rata akan telur  tidak melekat setempat saja.
6.Masukkan daun sawi dan taugeh kacau seketika hingga daun sawi agak layu.
7.Sedia dihidangkan...


Isnin, 23 Januari 2012

biskut jambu

kelmarin ada orang mintak tolong watkan hantaran..pening-pening kepala dok pikir nak wat apa,terkeluar la idea ni dari otak geliga ibu..biskut jambu,simple dan cantik untuk dibuat hantaran


bahan-bahan:
250gm butter
400gm tepung gandum
50gm gula aising
sebiji telur
50gm tepung jagung

cara-cara:
1. putar butter dan gula aising sehingga separa kembang.
2.Masukkan sebiji telur dan putar lagi
3. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum.Uli sehingga menjadi doh.
4.Titikkan pewarna merah dan uli sehingga warna sekata.
5.Bulatkan kecil dan buatkan satu lubang.Masukkan inti jem  kemudian buat bulat seperti bola.
6.Gunakan jari untuk membentuk atas bebola agar kelihatan seperti jambu.
7.Cucukkan bunga cengkih sebagai batangnya.
8.Bakar didalam oven selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius.
9.Setelah masak,keluarkan,segera sapukan telur yang dititik pewarna merah pada biskut jambu agar tampak berkilat.Biarkan kering atau boleh dimasukkan ke dalam oven untuk 30 saat.
10.Sedia dimakan....

titik pewarna dan uli sehingga warna sekata
setelah dikepal,buat bulat tengah dan letakkan jem
Gunakan jari untuk membentuk
Siap untuk dibakar
Telah siap masak,proses mewarna
hehe...main warna-warna
ni jambu yang dah siap,tengah dalam proses susun ke dalam kotak hantaran.Pelapik tu bukan tikar tapi tepung yang dibuat tikar kemudian dibakar..
haaa..yang ni yang dah siap disusun,dan dihias dengan ladybird..Kotak ni dihias simple dengan renda sahaja sebab tuan empunya nak hias sendiri.Jadi kami boh dalam kotak yang berenda je la...Kalau design senang camni sekali kuih kami hanya ambik dengan harga RM30.00.
Kalau kami diminta untuk beli dan hias dengan lebih cantik seperti hantaran2 seblom ni,mahal skit la.
Tapi kalau bahan hiasan tuan empunya dah bagi kami cuma decorate je,murahla skit sebab kami xyah keluar modal teruk2 kan?...hehe kita nak memudahkan bukan menyusahkan,..

bubble rice choc-ketupat

bahan-bahan
Beryl's gourmet milk compound
bubble rice

cara-cara
1. cairkan coklat menggunakan kaedah double-boil
2.Sediakan acuan.Paipkan 1/3 coklat yang cair kedalam acuan
3.Taburkan bubble rice sehingga 3/4 penuh kemudian paipkan diatasnya coklat.Ratakan.
4.Biar ia keras dan boleh juga disejuk beku didalam peti ais
5.Setelah beku,keluarkan daripada peti ais dan tekan keluar coklat.Letakkan didalam papercup.Sedia dimakan.
ni la acuannya..

telah paipkan coklat 1/3 penuh
Letakkan bubblerice
Paipkan coklat sehingga penuh acuan.Ratakan.
inilah coklat yang telah siap dipacking..satu bekas mengandungi 24 biji bubble rice choc-ketupat dan berharga RM 20.00

Sabtu, 21 Januari 2012

NASI GORENG SAMBAL BELACAN

Bahan-bahan
sambal belacan
nasi
sayur sawi
kentang
carrot
ikan bilis-digoreng
bawang
sedikit garam

cara-cara:
1.tumis bawang yang dipotong kecil-kecil sehingga garing dan masukkan sambal belacan.
2. masukkan kentang,carrot yang dipotong panjang-panjang serta batang sawi.Biarkan seketika hingga masak.
3.Masukkan nasi dan daun sawi.Kacau sampai rata,tambahkan garam mengikut citarasa.
4. Hidangkan dan taburkan ikan bilis,bawang goreng di atasnya..


hehe..dah boleh makan,simple tapi sodaaap

biskut nastar

bahan-bahan
250gm butter
50gm gula aising
2 biji kuning telur
400gm tepung gandum
50gm tepung jagung
inti jem nenas
esen vanila


cara-cara
1. pukul butter dan gula hingga agak kembang.(jangan terlalu kembang ,sekiranya terlalu kembang akan menjadikan kulit yang gebu)
2. masukkan 2 biji kuning telur dan esen vanila putar lagi sehingga sebati
3. masukkan tepung jagung dan gaul.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
4. Picit menggunakan acuan kelongsong berbunga,letakkan jem yang telah dibulatkan kemudian gulung dan potong lebihan pastri.
5. bakar pada suhu 180 darjah celcius dalam masa 25minit.


yang ni dah siap dipacking untuk dihantar sempena tahun baru cina.sebekas 50 biji bersamaan RM44.00

Isnin, 16 Januari 2012

salad telur


bahan-bahan
3 biji telur -rebus
2 biji tauhu-goreng
sebatang timun
sepokok salad 
2 biji tomato
sos cili

cara-cara
basuh salad dan tos.susun kedalam pinggan.potong timun dan tomato nipis-nipis kemudian susun secara berselang seli.potong telur dan tauhu goreng dan susun berselang seli.akhir sekali tuangkan sos cili mengikut putaran lawan jam.Sedia dihidang.




hantaran perkahwinan 15/1/2012

 baru-baru ni sepupu kenduri..ini adalah antara hantaran-hantaran yang telah kami siapkan.Selalunya barangan akan dihantar oleh pihak pengan sendiri.Kami hanya perlu menghiaskannya sahaja.Inilah diantara hasil-hasil yang terkeluar dari jeri-jemari ibu dan anak-anaknya...hehe



warna tema hantaran kali ini ialah biru turqoise.ini adalh design kotak yang kami buat dan raga...Harga untuk kotak yang dah siap (kotak sahaja) kalau segi empat panjang RM 12.00  untuk segi empat sama yang dah siap RM10.00,Untuk raga besar(contoh spt raga letak beg dan kasut) RM 17.00,raga kecil (contoh seperti raga letak kek) RM12.00
untuk bekas raga(contoh raga buah labu) RM12.00..Untuk sirih junjung x letak harga tetap,harga mengikut design kehendak pelanggan dulu..






labu ni sebenarnya gula..sekali dengan bakul kami cas RM17.00,tapi harga ni termasuk dengan labu dua biji tu la..klu nak banyak labu,mahal lagi la...tapi klu bagi gula sendiri ,murahkan skit la,hehe..
Kek ni kami wat jugak.sekali bekas harganya, RM35.00 (harga sekali kek tau)tapi kek yg design biasa camni la,nak standard lagi harga up jugak la,hehe..
ni hantaran buah api-api..harga buah+bekas RM20.00



pokok sirih ni mahal skit,sebab semuanya dibeli oleh kami sendiri...sekali dengan raganya,bunganya,pinangnya,kapurnya gambirnya.Harga yang kami ambil RM30.00