berpusat di bahagian utara(kedah dan pulau pinang) terutamanya.Berminat sila hubungi terus ke talian 0194956872(zunaida amir) atau 044900423(puan nora).boleh juga pm ke facebook www.hazzadelight.com

Jumaat, 20 April 2012

biskut pasir


bahan-bahan
7 oz mentega
5 oz gula castor
2 bj kuning telur
7 oz tepung gandum
4 oz tepung naik sendiri
3 oz tepung jagung
pewarna merah dan hijau

cara
1. Pukul mentega , gula dan kuning telur hingga kembang
2. Masukkan tepung gandum,tepung naik sendiri dan tepung jagung.Uli hingga menjadi doh
3. Bahagikan kepada 3 bahagian,satu biar warna merah satu warna hijau satu biar warna asal.
4.Buat bulat panjang setiap warna,kemudian satu panjang dikerat 3...cantumkan 3 warna berbeza .
5.Masukkan kedalam acuan,tekan dan potong menggunakan benang agar nampak seperti merekah.
6.Susun dalam dulang dan bakar selama 25 minit dalam suhu 180 darjah celcius.


siap dipacking untuk doorgift kenduri

Sabtu, 7 April 2012

doorgift 6/4/2012

tuan empunya hanya tempah barangan jer untuk doorgift..jadi xdelah beg kat sini..



 ni dalam beg plastik bercorak 3 jenis sahaja..



 dalam plastik bercorak jugak tapi tambah satu jenis iaitu gula-gula

 yang ini muffin 5 biji dalam satu plastik bercorak dan biskut 2 biji dalam kotak plastik berhias







doorgift 24/3/2012


doorgift yang dibuat sebanyak 300 beg...mau lenguh tangan dok wat kek,muffin,peniram,buah rotan  dan coklat dalam masa seminggu jer!tapi alhamdulillah,semuanya selamat siap...












Khamis, 29 Mac 2012

orange poppyseed muffin


bahan
125gm mentega
125gm gula perang
1 camca teh ovallete
2 biji oren parut kulitnya dan ambil jusnya
2 biji telur
150gm tepung gandum
1 camca teh baking powder
10 gm susu tepung
1/4 camca teh garam halus15gm poppy seed
25gm serbuk badam

cara
1.Satukan tepung gandum,baking,susu, dan ayak.Masukkan poppyseed dan serbuk badam,gaul rata dan ketepikan.
2.Putar mentega ,gula perang dan ovallete hingga berkrim.Masukkan telur satu-persatu dan putar hingga kembang
3.Masukkan bahan 1 kedalam bersama jus limau.Putar sebati.
4.Isikan papercup dan masukkan adunan sehingga 3/4 penuh.
5.Bakar selama 25 minit dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius.


muffin yang telah siap dipacking untuk doorgift kenduri kahwin

mocha muffin



bahan
90gm mentega
70gm gula halus
110gm tepung gandum
1 camca teh baking powder
1 biji telur
50ml susu segar
3/4 camca teh esen vanila
1 camca teh mocha flavour

cara
1.Pukul mentega dan gula halus hingga sebati.Masukkan telur dan terus putar hingga putih dan kembang.
2.Perlahankan speed masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar.Putar sebati.
3.Alaskan acuan dengan papercup dan sudukan adunan 3/4 penuh.
4.Bakar dalam oven 20-25 minit dalam suhu 180 darjah celcius.


muffin yang telah siap dipacking untuk doorgift kenduri.

buah rotan


bahan
3 cawan tepung pulut
1 biji telur
4 sudu makan gula halus
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh air kapur
3 sudu besar pati santan bijan


cara
1.Campur kesemua bahan dan gaul sebati.
2.Buat bulat-bulat (jangan terlalu besar sebab dia akan mengembang dan meletup)Bulatkan agak-agak besar sikit dari butang baju melayu.dan golekkan terus keatas bijan.
3.Gorengkan sehingga agak kekuningan dan boleh diangkat dan hidang.


buah rotan yang dibungkus dalam senduk untuk doorgift kenduri kahwin

kuih peniram


bahan
1 kilo tepung beras
1/2 kilo gula merah
1 cawan gula putih
5 cawan gula putih

cara
1.Masak gula merah bersama santan dan gula putih sehingga mendidih lalu tuangkan  ke dalam tepung beras.Uli dengan senduk dan biarkan sejuk seketika.
2.Setelah sejuk uli lagi dengan tangan.Peram semalaman.
3.Bentukkan dan goreng.(jangan goreng lama-lama,cepat hangit)Sedia dihidang.


tepung yang telah siap dibancuh


siap packing untuk doorgift kenduri kahwin